Penjaga gol ditumbuk peminat selepas lepaskan golPenjaga gol ditumbuk peminat selepas lepaskan gol SEORANG remaja menumbuk muka penjaga gol, Cameron

. Thursday, April 28, 2011
0 comments



SEORANG remaja menumbuk muka penjaga gol, Cameron Belford kerana didakwa membiarkan bola membolosi golnya di stadium Chesterfield, baru-baru ini.


LONDON - Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu.

Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.

Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan.

Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut.

Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama. - Agensi

sumber : kosmo


Easy Gym - Gimnasium Bogel di Sepanyol

. Saturday, April 23, 2011
0 comments



BEBERAPA pengguna berbogel semasa menggunakan peralatan bersenam di gimnasium Easy Gym di Arrigorriaga, Sepanyol baru-baru ini.


ARRIGORRIAGA - Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.

"Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.

"Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang," kata Laseca.

Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.

Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut. - Agensi

Video Maharaja Lawak Minggu ke-4 (Full)

Maharaja Lawak minggu ke-4 baru sahaja tamat. Persembahan Jambu memang terbaekkk!

Dan kesian Alex. Minggu ni Alex tersingkir. adat pertandingan SMS..


video Jozan


video Man


Video Amir


Video Sepah


Video Alex



Video Nabil. Kreatif dan terbaek. Lawak pasal Mesin Masa (bukan mesin basuh). Siap guna AC Mizal sebagai pelakon extra.hahaha



Video Balas. Tak habis-habis ngan lawak double meaning.



Video Jambu. Mendapat standing ovation dari penonton studio. lawak ala-ala umblical brothers.



Video Jihan.






kredit video : guatv (thanks)

Gambar Candid Tan Sri Abdul Taib Mahmud & Puan Sri Ragad Walled Alkurdi

. Monday, April 18, 2011
0 comments

Kami ada menerima beberapa keping gambar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri barunya yang hangat diperkatakan kerana kecantikkannya itu,Puan Sri Ragad Walled Alkurdi.







KUCHING: Lima bulan lalu, Puan Sri Ragad Walled Alkurdi, bermimpi berkahwin dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi dan menaiki kereta Rolls Royce dalam satu majlis penuh gilang gemilang.

Kini, mimpi wanita kelahiran Damsyik, Syria itu menjadi kenyataan apabila beliau diarak menaiki Rolls Royce ke majlis persandingannya dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, juga dalam suasana penuh gilang gemilang, malam tadi.

Anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, ketika berucap pada majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin baru itu di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, berkata Ragad memberitahunya mengenai mimpi itu, baru-baru ini.
Beliau ingin berkongsi mimpi indah itu dengan kita malam ini, katanya sambil tersenyum ke arah pasangan mempelai dan menambah majlis resepsi itu bertambah manis kerana disambut serentak ulang tahun kelahiran Ragad ke-31.

Katanya lagi, mimpi indah Ragad mungkin tidak menjadi kenyataan jika ibu saudaranya, Datuk Roziah Mahmud dan suami, Datuk Robert Geneid tidak memperkenalkan wanita jelita itu kepada bapanya.

Majlis resepsi turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa Menteri Kabinet Persekutuan dan negeri. Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

Ragad, anak bongsu pasangan Waleed dan Khayam Alkurdi dan mempunyai dua abang serta seorang kakak, dilahirkan di Damsyik sebelum berhijrah ke Riyadh ketika usia muda. Bapanya meninggal dunia pada 2003. - Berita Harian 16 Jan 2011


haih..tuah badan...

Biri-biri diwarnakan oren elak dicuri


DEVON - Seorang petani, John Heard di sini sanggup mewarnakan bulu sejumlah biri-biri miliknya dengan warna oren bagi mengelak ia dicuri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Ia akan kelihatan seperti biri-biri yang ganjil tetapi muslihat itu berjaya dan saya hanya hilang seekor biri-biri pada tahun ini," kata Heard yang berusia 49 tahun.

Menurutnya, sebanyak 250 ekor biri-biri miliknya sebelum ini hilang sejak beberapa tahun lalu sebelum dia membuat keputusan untuk mewarnakan bulu haiwan itu.

"Muslihat itu berjaya kerana haiwan itu mudah untuk dibezakan (dengan ternakan lain) menjadikan saya dan jiran-jiran saya mudah untuk mengawal haiwan tersebut," katanya.

Biri-biri itu mempunyai kepala yang berwarna hitam.

Dia mendapat idea itu daripada seorang anak lelakinya, James yang melihat biri-biri diwarnakan di Scotland.

Kejadian mencuri biri-biri menjadi satu masalah besar di wilayah itu dengan haiwan betina bernilai £140 (RM690.92) seekor. - Agensi